Monday, 18 March 2013

PUDING CARAMEL

Assalamualaikum..

Masih terasa keenakan puding caramel yang aku pernah buat...hehehe
Nampaknya percubaan pertama aku menjadi...alhamdulillah

Memang sangat senang nak buat.Semudah ABC kalau orang yang malas je yang tak nak buat asyik kena sumbat masuk mulut baru nak makan kan...hahahaha...ok jangan jadi pemalas!

Jom ak ajar cara nak buat puding caramel cara Madmozel Syira...sedap wehh



                                                  

Bahan-bahan :

Untuk kuah caramel :

1/2 cawan gula pasir.
1/2 cawan air.

Untuk Puding :

5-6 biji telur.
1/2 cawan gula pasir.
1 sudu teh esen vanilla.
1 tin susu sejat/ kalau susu pekat letak dalam 4 sudu makan.
1 1/2cawan air.


Cara penyediaan :

Adunan Puding :

1. Blander telur, lepas itu masuk gula..blander sampai sebati.
2. Masuk air, susu sejat dan esen vanilla ..blander semua sekali sampai sebati. 
3. Letak ketepi.



Aduanan Kuah Caramel.

1. Panaskan kuali/periuk.
2. Masukkan gula. Kacau sampai cair. Api kena pelahan nanti rentung hahaaha..
3. Dah cair masukkan air. Korang kena ready air siap-siap kat tepi. Kacau sampai sebati.



Penyediaan :
1. Lepas korang dah masak gula ( kuah caramel ) tu cepat-cepat masukkan dalam loyang yang kering.
2. Lepas itu terus letak adunan puding selepas letak kuah caramel dalam loyang.
3. Kukuskan loyang tadi.
4. Pastikan semasa masak jangan buka penutup periuk dan penutup kena kedap ( tutup kukus dengan kain kelilingnya ) supaya puding korang smooth dan tak gelembung/berlubang )
5. Kukus selama 25-30 minit.
6. Angkat dan sejukkan di bawah edaran udara.
7. Dah sejuk masukkan dalam peti sejuk 2 atau 3 jam. (pastikan dah sejuk )
8. Bolehla keluarkan dan letak dalam pinggan..sedia untuk di makan!


p/s : nak makan puding ni kena minum bersama air kosong sebab manis sangat. Jangan makan selalu kang kencing manis...tapi sedap! cubalah :)

No comments:

Post a Comment